tidak puan kelapa bali,
harap hati kepada tuan,
tidak tuan,siapa lagi.
ada kolam tepi masjid,
tempat orang sembahyan raya,
tengah malam bula nterbit,
bintang bebiji membawa cahaya.
Anak ikan dimakan ikan,
akian berenang dalam perigi,
hilang intan berganti intan,
intan bernama payung negeri.
Ayam ini ayam kedah,
bawa kepasar untuk dijual,
malam ini malam penyudah,
makan minum minta dihalal.
berjalan-jalan di bukit tinggi,
singgah memetik bunga kemboja,
sungguhpun jauh tuan pergi,
didalam hati terkenang juga.
Buah pauh dari permatang,
dibawa dengan putik kelubi,
dari jauh saya datang,
bertemu tuan yang baik hati.
Bunga tanjung kembang semalam,
pohon tinggi tidak berduri,
gelombang besar kelaut dalam,
kerana tuan saya kemari.
burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur ditapak tangan.
kalau ada sumur di ladang,
boleh kita bersama mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bersama lagi.
Mangkuk jorong,pinggan jorong,
si jorong berisi buah jati,
dua tiga kata terdorong,
jangan dibawa masuk ke hati.
meranti tiga sebatang,
ditebang tiga permuka,
yang dinanti sudah datang,
apa perkara akan dibuka.
orang mengail di lubuk batu,
dapat seeokr ikan gelama,
hilang satu berganti satu,
masakan sama dengan yang lama.
Pergi ke pasar tawar-menawar,
beli seekor ikan pelaga,
racun dimakan jadi penawar,
tuan laksamana air geliga.
permata jatuh kedalam rumput,
jatuh kerumput dibilang-bilang,
dari mata tidak akan luput,
dalam hati tidak akan hilang.
Asap api embin berderai,
patah galah haruan perahu,
niat hati tak mahu bercerai,
kehendak ALLAH siapa yang tahu.
Batang selasih permainan budak,
berdaun sehelai dimakan kuda,
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun kembali juga.
berjalan-jalan di bukit tinggi,
singgah memetik bunga kemboja,
sungguhpun jauh tuan pergi,
didalam hati terkenang juga.
Buah pauh dari permatang,
dibawa dengan putik kelubi,
dari jauh saya datang,
bertemu tuan yang baik hati.
Bunga tanjung kembang semalam,
pohon tinggi tidak berduri,
gelombang besar kelaut dalam,
kerana tuan saya kemari.
burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur ditapak tangan.
kalau ada sumur di ladang,
boleh kita bersama mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bersama lagi.
Mangkuk jorong,pinggan jorong,
si jorong berisi buah jati,
dua tiga kata terdorong,
jangan dibawa masuk ke hati.
meranti tiga sebatang,
ditebang tiga permuka,
yang dinanti sudah datang,
apa perkara akan dibuka.
orang mengail di lubuk batu,
dapat seeokr ikan gelama,
hilang satu berganti satu,
masakan sama dengan yang lama.
Pergi ke pasar tawar-menawar,
beli seekor ikan pelaga,
racun dimakan jadi penawar,
tuan laksamana air geliga.
permata jatuh kedalam rumput,
jatuh kerumput dibilang-bilang,
dari mata tidak akan luput,
dalam hati tidak akan hilang.
Asap api embin berderai,
patah galah haruan perahu,
niat hati tak mahu bercerai,
kehendak ALLAH siapa yang tahu.
Batang selasih permainan budak,
berdaun sehelai dimakan kuda,
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun kembali juga.
dipetik dari Dewan Bahasa Dan Pustaka

No comments:
Post a Comment