TABIAT NEGATIF MANUSIA MENURUT AL-QURAN
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Disini akan saya memberikan beberapa huraian tentang tabiat negatif manusia menurut al-quran,terlebih dahulu saya ingin memohon maaf seandainya penulisan saya ini terdapat kesalahan-kesalahan yang bercanggah dengan pendapat pembaca.
AL-QURAN
Al-quran merupakan kitab suci yang membawa petuntuk dan hidayah kepada umat manusia ke jalan yang benar dalam mengecap kemenangan di dunia dan juga di akhirat.Al-Quran juga merupakan kitab perundangan yang lengkap menghuraikan tentang perlakuan manusia.
(rujuk surah al-shams 7-10)
TABIAT/PERBUATAN
Tabiat ialah perbuatan/kelakuan/tingkah laku yang dilakukan secara kerap dan berulang-ulang.Ia merangkumi pelbagai kecenderungan ,kemahuan, dan keinginan yang tersembunyi dalam jiwa manusia dan secara sendirinya akan mempengaruhi fikiran dan menghasilkan tindakan.
1.TIDAK MENGIKTIRAF KEBAIKAN ORANG LAIN
Tidak mahu mengiktirahf kebaikan orang lain atau menghargai dan berterima kasih kepada orang lain yang telah melakukan kebaikan kepadanya,(tidak bersyukur kepada ALLAH S.W.T dan mengingkari nikmat-NYA)
surah al'adiyat : 6-7 maksudnya sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhanya.Dan sesunguhnya ia(dengan perlakuan)menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.
Ayat ini menerangkan bahawa kebanyakan manusia memiliki tabiat tidak mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan-NYA.
2.IBTILA' ATAU UJIAN.
Pengalaman mengajar kita bahawa putaran alam dan kehidupan sentiasa beredar dan berubah silih berganti di antara bahagia,derita,sihat ,sakit,susah,sengang.fenomena alam ini merupakan ibtila' atau ujian yang diturunkan ALLAH s.w.t. kepada kita umat manusia untuk menilai sekuat manakah iman dan ketaqwaan dalam diri setiap khalifah-NYA.
(Surah Al-Anbiyya'21:35 Allah s.w.t berfirman maksudnya)
dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan;dan kepada kamilah kamu sekalian akan dikembalikan.
mengulas kepada ayat ini,Sayyed Qutub menjelaskan bahawa mereka yang diuji dengan kesusahan adalah untuk mengetahui sejauh mana ketahanan menanggung penderitaan dan kekuatan iman serta ketaqwaanya kepada Allah S.W.T.
3.KECENDERUNGAN BERPEGANG KEPADA KEBUDAYAAN, ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN LAMA.
Dalam jiwa manusia terdapat kecenderungan untuk terus berpegang kepada kebudayaan, adat resam dan kepercayaan nenek moyang mereka.Tabiat ini tertanam kukuh dalam jiwa insan serta mempengaruhi tindakan dan kepercayaan mereka.Inilah yang menjadi benteng yang menghalang manusia dai menerima kebenaran dan ajaran para rasul sejak berzaman.
Terdapt banyak kisah didalam Al-quran yang menceitakan permasalahan ini yang telah berlaku pada zaman nabi-nabi terdahulu seperti pada zaman nabi nuh a.s, nabi hud a.s, nabi salih a.s, nabi musa a.s dan juga nabi harun a.s bersama kaum masing-masing.
4.TABIAT MENUTUP KESILAPAN YANG DILAKUKAN.
Sikap ini lebih cenderung kepada manusia dalam melepaskan diri dari menanggung/memikul kesilapan yang dilakukan samada secara bersendirian mahupun secara berkumpulan.
Seseorang individu yang melakukan kesalahan akan berusaha mencari bukti untuk menyatakan kesalahan yang terjadi adalah bukan berpunca dari permasalaahan/kelalaian yang berpunca dari dirinya akan tetapi ianya berpunca dari permasalahan yang lain.
Jika kesilapan ini dilakukan bersama rakan kongsi/kumpulan,setiap individu akan saling menuding jari mengelak dari mengaku kesalahan pada diri masing-masing dan cuba untuk melepaskan.
KESIMPULAN
Inilah diantara sikap manusia yang banyak diceritakan didalam AL-QURAN.Apa yang penting ,manusia mengambil pengajaran dan berusaha membatasi,membimbing,mengawal,mengarah dan menyesuaikan kearah kebaikan sesuai dengan akal,ilmu dan wahyu dari ilahi.
wallahuaklam..

1 comment:
Post a Comment